Saturday 15 December 2012

Orientering (22 Nov 2012)

      Minggu ini kami kembali dengan aktiviti yang lebih mencabar iaitu orientering..Ini serba sedikit pasal orientering..Orienteering ialah sejenis sukan rekreasi yang menggunakan peta dan kompas. Sukan ini mirip kepada permainan mencari harta karun. Kemahiran menggunakan kompas adalah asas yang perlu dikuasai oleh peserta. Peralatan lain yang digunakan ialah penanda, kad kawalan, dan kad perakam.
Dalam pertandingan ini, peserta dikehendaki mencari beberapa titik kawalan yang diletakkan di sesuatu kawasan tertentu. Peserta yang menemui semua titik kawalan dan sampai di garisan penamat dalam masa yang paling singkat dikira sebagai pemenang.(wikipedia)....
     Sebelum aktiviti ini dimulakan kami diagihkan kepada 5 orang satu kumpulan bercampur pelajar lelaki dan perempuan...Encik Hafiz telah mencampuradukkan kumpulan kami yang mulanya dianggotai oleh peserta pelajar perempuan sahaja dan kini kami terpaksa bercampur dengan peserta lelaki...tapi kami bersyukur dengan susunan kumpulan yang telah diaturkan oleh Encik Hafiz kerana jika tiada pelajar lelaki kami tidak mampu menghabiskan cabaran yang diberikan dalam masa 30 minit sahaja...Sekiranya peserta yang lebih pada masa yang ditetapkan kumpulan itu dikira gagal...Kumpulan kami berjaya melakukan dalam masa yang ditetapkan...Terdapat 2 chekpoint yang telah ditetapkan iaitu berhampiran dengan tangki air dan juga berhampiran stadium uitm....Walaupun terdapat hanya 2 checkpoint tapi seluruh badan kami terasa keletihannya kerana kami telah berlari dengan  sepenuh hati kami supaya tidak terlepas masa yang telah ditetapkan...hehee....Kesimpulannya lega aktiviti ini sudah berakhir......












No comments:

Post a Comment