Wednesday 10 October 2012

Kayakkkkkkk.....

Kayaking..minggu pertama (27 Sept 2012) 

    Selama 2 minggu berturut-turut,kami budak kelas rekreasi telah turun ke tasik Sek 2 Shah alam bagi mengikuti kelas kayak....okla nie sedikit penerangan  apa itu kayak.Kayak ialah Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup, menggunakan dua bilah mata dayung dan di dayung secara duduk berlunjur. Contoh kayak ialah kenderaan air yang digunakan oleh orang Eskimo.

     Sebelum kami memulakan aktiviti kayak, en Hafiz  telah memberi sedikit penerangan berkaitan kayak ini.Kami juga diberikan penerangan tentang struktur kayak.Sesudah penerangan pasal kayak ini selesai,kami diberi pilihan untuk memilih partner kami masing-masing yang berlawanan jantina..tetapi sudahnya saya partner dengan kawan saya kerana peserta lelaki tidak seramai peserta perempuan.hehehe..

   Sebelum kayak kami berlepas merentasi tasik,kami diarahkan untuk rafting dahulu iaitu berkumpul.Selepas rafting barulah kami meneroka tasik sek 2 itu...Tapi kami hanya sempat berkayak selama 15 minit sahaja kerana hari sudah menjelang waktu maghrib dan kami diarahkan berhenti...Itulah sahaja aktiviti kami pada hari tersebut...Gambar di bawah menunjukkan aktiviti yang kami lakukan pada hari tersebut....





En Hafiz cool jer time bgi explanation....hehhe