Saturday 15 December 2012

Survival ( Let's masak-masak)- (6 Dec 2012)

          Hari yang paling seronok dalam kelas rekreasi ini ialah masa untuk makan....survival yang kami lakukan pada hari tersebut ialah untuk sarapan pagi yang mana kumpulan kami telah berjaya menyediakan menu special iaitu B.A.K dan roti chocolate....B.A.K ialah nama singkatan bagi Bubur Ayam Kentang di mana bahan utama yang terdapat dalam menu itu ialah nasi,ayam dan kentang...sedikit garam dan juga lada hitam juga ditambah bagi penambah perasa...bagi roti chocolate pula terdiri daripada roti dan juga peanut butter chocolate...pelbagai persembahan yang telah ditonjolkan oleh pelajar lain....angoota kumpulan terdiri kami terdiri oleh saya,jieha,azuwa,asma,hanim,mun....kami begitu berselera makan makanan yang telah disediakan oleh kami sendiri dan perut kami yang lapar ini dapat diisi juga.....hehehhe..kelas survival ini begitu relax dan terdapat pelbagai ragam yang dilihat di dalam kelas ini....huhu...besss  giler...terima kasih kepada tukang masak kami iaitu asma kerana telah berjaya membuat B.A.K ini.....









Sudden TESTTTTT....(29 Nov 2012)

       Hari yang tidak disangka-sangka telah pun tiba.....Kami begitu terkejut apabila Encik Muiz memberitahu kami yang pada hari tersebut kami ada test bertulis.....Memang patut la kami terkejut pun kan sebab memang tak prepare apa-apa pun tiba-tiba ada test....tapi kami pasrah dan terima jer....lepas dapat jer kertas tengok soalan memang rasa nak menangis pun ada...hahah...sebab memang kami tak ingat langsung pasal apa yang kami belajar selama ini maklumlah tak study apa-apa....tapi kami cekalkan jugak hati kami dan jawab jer soalan yang boleh jawab walaupun soalan isi tempat kosong....waaaa....memang main tembak la......hahahha...tapi saya dan kawan-kawan berjaya jugak menempuh hari yang bersejarah ini dan saya hanya berjaya mendapat 6/10....Saya redha jer sebab itu jer yang paling saya mampu buat dalam tes ni....hehe..






                                                Ragam kami semasa menjawab tes...hehehe

Orientering (22 Nov 2012)

      Minggu ini kami kembali dengan aktiviti yang lebih mencabar iaitu orientering..Ini serba sedikit pasal orientering..Orienteering ialah sejenis sukan rekreasi yang menggunakan peta dan kompas. Sukan ini mirip kepada permainan mencari harta karun. Kemahiran menggunakan kompas adalah asas yang perlu dikuasai oleh peserta. Peralatan lain yang digunakan ialah penanda, kad kawalan, dan kad perakam.
Dalam pertandingan ini, peserta dikehendaki mencari beberapa titik kawalan yang diletakkan di sesuatu kawasan tertentu. Peserta yang menemui semua titik kawalan dan sampai di garisan penamat dalam masa yang paling singkat dikira sebagai pemenang.(wikipedia)....
     Sebelum aktiviti ini dimulakan kami diagihkan kepada 5 orang satu kumpulan bercampur pelajar lelaki dan perempuan...Encik Hafiz telah mencampuradukkan kumpulan kami yang mulanya dianggotai oleh peserta pelajar perempuan sahaja dan kini kami terpaksa bercampur dengan peserta lelaki...tapi kami bersyukur dengan susunan kumpulan yang telah diaturkan oleh Encik Hafiz kerana jika tiada pelajar lelaki kami tidak mampu menghabiskan cabaran yang diberikan dalam masa 30 minit sahaja...Sekiranya peserta yang lebih pada masa yang ditetapkan kumpulan itu dikira gagal...Kumpulan kami berjaya melakukan dalam masa yang ditetapkan...Terdapat 2 chekpoint yang telah ditetapkan iaitu berhampiran dengan tangki air dan juga berhampiran stadium uitm....Walaupun terdapat hanya 2 checkpoint tapi seluruh badan kami terasa keletihannya kerana kami telah berlari dengan  sepenuh hati kami supaya tidak terlepas masa yang telah ditetapkan...hehee....Kesimpulannya lega aktiviti ini sudah berakhir......












Wall Climbing  (10 Nov 2012)

        Kelas wall climbing ini telah dijalankan di sek 13 Extreme Park Shah Alam pada hari Sabtu,,,Kelas ini telah dibuat bagi menggantikan kelas hari khamis yang mana cuti Awal Muharam telah jatuh pada hari tersebut....Ini pengalaman kali kedua saya berada di extreme park ini....dan seronok dapat melakukan sekali lagi aktiviti seperti ini......




Fitness Fit Test ( 8 Nov 2012)

        Hari ini kami dikejutkan oleh encik Hafiz mengenai ujian fitness fit.....kiteorang memang terkejut dengan berita yang kiteorang dengar tapi nak tak nak terpaksa jugak kena ambil sebab masuk lam silibus dan juga markah....hehhe.....Kami dikehendaki berlari sejauh 5 km selama 20 minit untuk pelajar perempuan dan 10 minit untuk pelajar lelaki......Kami bermula dengan aktiviti meregang badan kami....kami juga melakukan star jump....Selepas itu bermulalah mimpi ngeri kiteorang dalam ujian ini....hahahha....tapi yang paling best sekali masa turun bukit tonngek....itulah kelajuan optimum yang pernah saya lalui...hahaha....Saya berjaya melakukan aktiviti ini dalam masa 15 minit.....dan syukur semua pelajar ko rekreasi lulus dalam ujian ini........






Asas Ikatan dan Tali  (18 Okt 2012)


            Pada minggu ini kelas telah berjalan seperti biasa di kompleks renang......minggu ini aktiviti kami hanya membuat asas ikatan dan tali........Ikatan dan simpulan memainkan peranan penting dalam sesuatu kerja menyelamat.Pembelajaran tentang ikatan dan simpulan dapat membantu penyelamat untuk mencapai objektif iaitu menyelamat mangsa...Antara teknik-teknik ikatan ialah figure of eight , reef knot,bowline,fisherman knot dan sebagainya........Sebelum kami membuat ikatan-ikatatan tersebut en Muiz telah membuat sedikit penerangan dan mengajar kami bagaimana ingin menyambung batang lidi menggunakan tali berdasarkan ikatan yang telah kami pelajari....

Buku Sila - Reef Knot
Ikatan buku sila digunakan nutuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.
Tindih Kasih- Bowline
Simpulan ini digunakan untuk mengikat leher binatang supaya tidak terjerut, dan membuat lubang tali yang tidak terjerut untuk mengangkat mangsa atau binatang ke atas seperti kucing terjatuh ke dalam telaga.

Simpulan Himpit (Pengail)- Fisherman Knot
Simpulan pengail digunakan untuk menyambung tali pada mata kail dan menyambung tali yang licin.

Simpulan Manok - Clove Hitch
Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya.


Itulah serba sedikit penerangan tentang ikatan yang telah kami pelajari...Kami diehendaki menyambung batang lidi dan membentuk sebuah menara walaupun bentuknya tidak seperti menara yang dikehendaki....hehehhe











                                                    Saat-saat berada di kelas dan contoh hasil kerja tangan sendiri


Last Kayak di Tasik Sek 2 ( 11 Oct 2012)

      Sekali lagi aktiviti kami berlangsung di Tasik Sek 2 Shah Alam...Ini merupakan aktiviti terakhir yang akan kami jalankan di sini...Sesungguhnya pasti kami akan merindui tempat ini...hehhe....Aktiviti kami yang terakhir ialah H-rescue...H rescue ialah sekiranya berlaku sebarang bentuk kecemasan kayak yang berada di sekitar kayak yang bermasalah boleh melakukan teknik-teknik seperti X-rescue, H-rescue dan HI-rescue..tetapi kami hanya belajar cara H-rescue...Ini boleh dilihat seperti gambar di bawah...


 

        a) Kaedah ini boleh dilakukan jika terdapat dua atau lebih kayak penyelamat dalam satu masa
        b) Kedua-dua kayak ini akan berada di sisi kayak yang terbalik dan seolah-olah membentuk huruf H
        c) Bowman kedua-dua kayak penyelamat akan memegang hujung kayak yang terbalik itu dan    
           seterusnya membalikkan semula kayak itu sambil mengeluarkan airnya
        d) Sternman akan membantu dalam mengimbangkan kayak
        e) Jika ramai, mereka akan membuat rafting di sebelah kiri dan kanan


          Itulah serba sedikit penerangan berkenaan H rescue nie....Sebelum kami memulakan aktiviti ini en Muiz telah memberikan sedikit penerangan berkenaan H rescue nie....Kami berjaya melakukan aktiviti ini walaupun ada sedikit kekeliruan yang berlaku....huhuhu...gambar di bawah menunjukkan aktiviti yang kami lakukan pada hari tersebut...