Saturday 15 December 2012

Asas Ikatan dan Tali  (18 Okt 2012)


            Pada minggu ini kelas telah berjalan seperti biasa di kompleks renang......minggu ini aktiviti kami hanya membuat asas ikatan dan tali........Ikatan dan simpulan memainkan peranan penting dalam sesuatu kerja menyelamat.Pembelajaran tentang ikatan dan simpulan dapat membantu penyelamat untuk mencapai objektif iaitu menyelamat mangsa...Antara teknik-teknik ikatan ialah figure of eight , reef knot,bowline,fisherman knot dan sebagainya........Sebelum kami membuat ikatan-ikatatan tersebut en Muiz telah membuat sedikit penerangan dan mengajar kami bagaimana ingin menyambung batang lidi menggunakan tali berdasarkan ikatan yang telah kami pelajari....

Buku Sila - Reef Knot
Ikatan buku sila digunakan nutuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.
Tindih Kasih- Bowline
Simpulan ini digunakan untuk mengikat leher binatang supaya tidak terjerut, dan membuat lubang tali yang tidak terjerut untuk mengangkat mangsa atau binatang ke atas seperti kucing terjatuh ke dalam telaga.

Simpulan Himpit (Pengail)- Fisherman Knot
Simpulan pengail digunakan untuk menyambung tali pada mata kail dan menyambung tali yang licin.

Simpulan Manok - Clove Hitch
Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya.


Itulah serba sedikit penerangan tentang ikatan yang telah kami pelajari...Kami diehendaki menyambung batang lidi dan membentuk sebuah menara walaupun bentuknya tidak seperti menara yang dikehendaki....hehehhe











                                                    Saat-saat berada di kelas dan contoh hasil kerja tangan sendiri


No comments:

Post a Comment