Saturday 15 December 2012

Last Kayak di Tasik Sek 2 ( 11 Oct 2012)

      Sekali lagi aktiviti kami berlangsung di Tasik Sek 2 Shah Alam...Ini merupakan aktiviti terakhir yang akan kami jalankan di sini...Sesungguhnya pasti kami akan merindui tempat ini...hehhe....Aktiviti kami yang terakhir ialah H-rescue...H rescue ialah sekiranya berlaku sebarang bentuk kecemasan kayak yang berada di sekitar kayak yang bermasalah boleh melakukan teknik-teknik seperti X-rescue, H-rescue dan HI-rescue..tetapi kami hanya belajar cara H-rescue...Ini boleh dilihat seperti gambar di bawah...


 

        a) Kaedah ini boleh dilakukan jika terdapat dua atau lebih kayak penyelamat dalam satu masa
        b) Kedua-dua kayak ini akan berada di sisi kayak yang terbalik dan seolah-olah membentuk huruf H
        c) Bowman kedua-dua kayak penyelamat akan memegang hujung kayak yang terbalik itu dan    
           seterusnya membalikkan semula kayak itu sambil mengeluarkan airnya
        d) Sternman akan membantu dalam mengimbangkan kayak
        e) Jika ramai, mereka akan membuat rafting di sebelah kiri dan kanan


          Itulah serba sedikit penerangan berkenaan H rescue nie....Sebelum kami memulakan aktiviti ini en Muiz telah memberikan sedikit penerangan berkenaan H rescue nie....Kami berjaya melakukan aktiviti ini walaupun ada sedikit kekeliruan yang berlaku....huhuhu...gambar di bawah menunjukkan aktiviti yang kami lakukan pada hari tersebut...













No comments:

Post a Comment